Khamis, 29 Oktober 2020

Travel: CB500X-Koh Samui pula!


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Okey apa khabar korang semua. Harap semua sihat ketika menghadapi PKPB yang dilaksanakan di negeri Selangor dan KL ketika ini.  Jadi di kesempatan ini, sementara hari cuti ni dan kebetulan juga  bekerja dari rumah, dapatlah juga aku tengok-tengok blog aku dan update kontennya seadanya.

Baik, untuk kali ini aku nak berkongsi kisah ride aku ke Koh Samui Thailand pada tahun 2017. Macam biasa saban tahun akan diadakan satu ride langgar border di mana kami akan cari destinasi-destinasi yang menarik di Thailand dan kategori kan dia sebagai event besar tahunan. Kami memilih Koh Samui kerana belum ada di antara kami yang pernah ke sana jadi memang cun lah untuk kami semua yang akan pertama kali menjejakkan kaki ke sana.

Sebelum itu aku nak kongsikan dengan korang sedikit modifikasi yang dah aku lakukan ke atas motor Honda CB500X aku ini. Antara nya aku dah pun upgrade exhaust daripada yang standard kepada brand Two Brothers. Mana kala side pannier aku tukar daripada brand China kepada brand Hepco&Becker. Semuanya aku beli seken hand saja sebab maklumlah kekangan bajet tapi dalam hati nk jugak kelainan.

Two Brothers Exhaust. Pompompom
Hepco & Becker pannier. Tapi masuk air daa

24 Ogos 2017 kami memulakan ekspedisi kami dari Kuala Lumpur ke Koh Samui. Perjalanan kali ini bermula pada waktu malam kerana kami harus sampai di Jeti Donsak di Surat Thani pada sebelah petang keesokan hari nya. Ini kerana masing-masing macam biasa lah  sering menghadapi masalah untuk ambil cuti yang panjang jadi kami harus menggunakan masa yang ada sebaiknya untuk sampai awal. Untuk ekspedisi kali ini nampak gaya nya lebih meriah Sebab ramai kawan-kawan datang untuk memberi sokongan dan mendoakan perjalanan kami agar pergi dan pulang dengan selamat.

Gambar kena ada 
Upacara flag-off oleh rakan-rakan

Perjalanan pada malam itu berjalan dengan lancar dan perhentian pertama kami ialah di Shell juru Arah Utara. Di sini macam biasa kami ambil masa untuk berehat dan mengisi minyak. Ini merupakan lokasi wajib setiap kali kami ride menuju Utara.

Malam memang seronok cuma jangan mengantuk dahlah
Time pergi memang korang takkan dengar
orang mengeluh penat

Selepas selesai berehat kami meneruskan perjalanan dari Juru dan hentian seterusnya ialah hentian Gurun untuk berehat dan minum pagi. Kat sini memang wajib untuk berhenti sebab time-time 3-4 pagi ni memang time yang sangat-sangat mengantuk. Memandangkan Changlon tak berapa jauh lagi so kami biasanya akan minum kopi dan makan sedikit sebagai alas perut.

Dari RNR Gurun kami meneruskan perjalanan menuju ke masjid di Changlon. Ini juga merupakan hentian wajib untuk berehat dan seterusnya menunaikan solat subuh. Kebiasanya kami akan sampai di sini sekitar 4.30-5.00 pagi. Jadi kami ada masa dalam sejam untuk baring-baring dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk mandi.
Masjid ini memang pilihan para musafir
memunaikan solat sebab tepi jalan je
Sebelum dipenuhi oleh bas

Selesai solat kami terus menuju ke sempadan negara untuk urusan immigration dan custom. Kami perlu cepat-cepat ke sana untuk mengelakkan daripada berebut dengan orang lain maklum saja time-time cuti memang tempat ini akan jadi padat dan segala urusan akan jadi lebih lama. Kami tidak ambil sarapan di sini kerana kami akan ambil sarapan di sebelah Thailand apabila segala urusan selesai.
Bangunan imigresen baru Thailand
Mujur tak ramai
Simkad wajib beli

Setelah selesai bersarapan di Dannok kami meneruskan perjalanan ke Surat Thani. Selepas melepasi Bandar Hatyai kami masuk ke Lebuhraya 41 untuk ke Surat Thani. Dalam perjalanan kami dibawa untuk singgah di sebuah hentian yang menyerupai pekan koboi Atau lebih dikenali sebagai Route 41 Phattalung. Di sini kami berhenti untuk berehat serta makan tengah hari. Urusan makanan sudah pun diuruskan oleh tour guide kami iaitu abang Bullet. Selepas makan kami berehat santai sambil minum coffee latte panas dan sejuk sambil melayan mata yang memang sudah pun berat.
Kenangan dirakam
Susun atur yang cantik
Sedap juga Hot Latte ni
Sejuk pun balun
Dua koboi dari Kepong dan Danau Kota
Sempat beramah-mesra dengan local customer
CT dan stiker kesayangannya

CT Bersama salah seorang pekerja Route 41

Selesai makan minum rehat serta rokok 5-6 batang kami meneruskan perjalanan terus ke Jeti Donsak di Surat Thani. Selang 10 km dari tempat kami makan tengah hari tadi mata mulai melayu. Maklum saja lah kami belum lagi tidur sejak semalam. Tapi nak buat macam mana perjalanan harus diteruskan. Puas juga aku berkaraoke bersendirian supaya tak mengantuk tapi makin mengantuk pula. Jahanam betul
Tiap kali berhenti wajib ambil gambar

Lebih kurang dua jam perjalanan dari tempat makan tadi tiba-tiba hujan pun turun. Alhamdulillah kami berhenti sekejap kerana hujan agak lebat jadi aku pun ambil peluang lah untuk melelapkan mata. Hendak layan sangat pun tak boleh takut kang kena tinggal pula. Dapat jugalah pejam celik dalam sejam
Kat mana ntah
Masa ini memang ngantuk sangat dah
tapi tempat tidur xde

Alhamdulillah lebih kurang 4 atau 5 petang kami sampai di Jeti di mana di sini kami akan menaiki feri menuju ke Pulau Samui. Segala urusan pembelian tiket Sudah pun disettlekan oleh abang Bullet. Kami hanya melepak-lepak saja sementara menunggu untuk dipanggil masuk dalam perut feri.  Masa ini aku dah start rasa excited sebab dah tak jauh dan dalam masa yang sama aku dah tak sabar nak baring-baring dekat hotel.
Jeti Donsak
Motor di susun rapi

Dalam feri ni boleh je nk tido sekejap sebab tempoh perjalanan lebih kurang sejam setengah kalau tak silap. Kat dalam feri ni juga ada jual makanan dan minuman ringan untuk korang alas perut. Mula-mula tadi ingat nak tidur, tapi bila dah masuk baik layan angin laut kat atas lagi syok.  

Suasana dalam feri
Lepak-lepak sambil isap rokok
Handsome ke tidak

Kami sampai di hotel di sekitar pekan Lamai sekitar 06:00 petang. Selepas check in  kami rehat seketika sementara menunggu maghrib. Selesai maghrib kami pun keluar makan malam serta berjalan jalan di sekitar Lamai ni. Lamai ini juga tidak kurang hebatnya terdapat pasar malam serta kedai-kedai yang pelbagai serta hotel yang menarik.

Hari kedua di Ko Samui.

Hari ini kami dibawa untuk bersiar-siar di sekitar pulau dengan menaiki skuter sewa. Skuter memang wajib sewa dekat sini sebab Pulau ini besar dan kalau korang ambil tuktuk memang masak la nak kena bayar tambang. Selepas selesai ambil Skuter kami pergi breakfast dahulu di perkampungan Melayu Samui.

Kemain ceria lagi masing masing
Lepas collect Scooter

Bersarapan di perkampungan Melayu Samui
depan masjid
Sedap masakan Siam

Antara lokasi yang menarik dekat Samui ini salah satunya ialah Air terjun Na-Muang. Air terjun ini taklah besar mana cuma kolam mandi nya cukup dalam untuk orang menyelam sambil tu juga orang juga boleh naik gajah yang terdapat di pintu masuk air terjun ni. 
Acara wajib
Antara Yang manis-manis di sini
Wakil tiruk sekolah
Aksi comel
Puas hati jugak mandi sini
Aksi manja dari CT
Memang dalam
Abang Aziz dan Kak Pahtidak melepaskan
peluang untuk menunggang gajah

Selesai mandi kami teruskan aktiviti dengan ronda-ronda sekitar pulau Samui. Pulau ini Memang besar kalau ikutkan memang tak habis nak pusing dalam satu hari. Ini terbukti dengan segala kemudahan ada dekat sini seperti Lapangan terbang, hospital dan lain-lain.

Dekat Jeti ni tak boleh mandi
Singgah sebentar di kafe tepi jalan
Minum-minum sambil lihat keindahan pantai
Antara Mall yang besar di Koh Samui
Sekitar Chaweng menunggu senja

Malam menjelma kami terus makan malam di kedai yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Chaweng. Sama seperti lokasi-lokasi pelancongan di tempat lain harga makanan tak lah murah.. Rasa pun nak kata sedap sangat pun tak tapi okeylah.  Selepas selesai makan kami pusing-pusing sekitar bandar Chaweng. Sama juga seperti di pusat-pusat peranginan yang lain malam di sini amat meriah dengan pelancong pelancong, penjual-penjual, serta kedai-kedai yang berwarna warni. Aku nak membeli memang taklah cukup sekadar cuci mata pun dah happy dah hihihi. 
Sempat lagi tengok bola
Menunggu orang shopping
Hard Rock Cafe
Layan tengok live band

Hari ketiga

Hari ketiga kami naik ke Jungle Route 360 iaitu acara mendaki bukit secara off-road dengan motor sendiri. Tapi tak semua nak ikut sebab ada yang tak confident. Aku pun sebenarnya tak la confident sangat tapi memandangkan ramai pulak nak naik jadi aku pergi jugak kang rugi pulak kalau aku tak ikut. Belasah je lah. 

Sebelum pegi kami sarapan dulu di sebuah restoran Muslim di depan Bangkok hospital. Rasa pelik juga kenapa namanya Bangkok hospital bukan Samui hospital. Mungkin ini hospital swasta yang nama je Bangkok tapi ada merata rata cawangan di Thailand
Kalut mintak itu ini pening kakak tu
Depan hospital Bangkok

Untuk yang tak join naik ke Jungle 360 mereka ambil kesempatan untuk meneroka sendiri Koh Samui. Skuter masih ada, tempat pun luas jadi pusing-pusinglah mana yang tahu. 

Abang Aziz dan Kak Pah di depan patung apa ntah

Perjalanan mendaki bukit ni memang mencabar. Sekali-sekala terfikir juga untuk aku patah balik tapi tak tahu pulak jalan nak balik.  Kadang-kadang aku cuak juga tapi memandangkan ada je orang lain lalu lalang dengan selambanya so aku pun belasah untuk naik sampai ke atas. 

Bila sampai di puncak pemandangan memang menarik. Boleh nampak laut di sebelah tepi dari atas ni. Kawasan kan atasi taklah besar mana. Ada sebiji kedai untuk minum-minum dan juga adalah dua tiga tugu atau bahan untuk korang mengambil gambar. Salah satunya Tugu Jungel Route 360 ni. Sudah semestinya gambar diambil sebagai kenang kenangan tanda sampai nya aku kat atas ni. 
CB merah terbaiik
Beraksi dengan jeep pulak
Ada kedai minum.
Keril jangan lupa tampal sticker
Malaysia boleh!
Upacara hisap rokok
Masa untuk turun kembali
Gambar dekat empat curam tak ada
Yang ni  pun bolehlah
Cantik view sini
Mana yang tak nak join tadi,
Diorang naik juga walaupun separuh
Peserta Koh Samui 2017

Selesai acara di Jungle Route 360, kami ke pantai Hinta Hinyai untuk melihat batu yng menyerupai alat kelamin lelaki dan perempuan katanya. Nak tengok betul ke. Kalau nak bergambar, pastikan angle yang betul baru nampak hasilnya. Tapi aku malas nk bergambar sini orang ramai panas pulak tu. 
Percubaan pertama
Lepak-lepak layan angin dan rokok


Posing lagi

Sebelah petang masa dihabiskan dengan berjalan-jalan lagi sekitar Koh Samui. Kali ini kami ambil kesempatan untuk melihat keindahan pantai serta minum-minum sambil menunggu senja. Niat di hati untuk melihat sunset tapi kami tersilap ambil pot sebab matahari turun di sebelah lain hihi
Ayie Memang banyak menyumbang gambar 

Santai Petang

Malam itu kami habiskan dengan makan-makan dan juga berbual bual. Ada juga yang pergi urut kaki dia kedai depan hotel. Malam ini merupakan malam terakhir sebab besok kami akan pulang semula ke Hatyai. 

Hari keempat

Hari ini kami akan membuat perjalanan daripada Koh Samui menuju ke Hatyai. Seperti biasa pagi itu selepas bersarapan ala kadar kami bersiap-siap dan check out. 

Taklimat ringkas dan bacaan doa
Di depan jeti Koh Samui
Menunggu masuk ke dalam feri
Selamat tinggal Koh Samui

Duta Honda

Semasa perjalanan pulang kami singgah di Hua Sai untuk melihat kincir angin gergasi. Menarik juga pemandanganya kerana benda ni tak ada kat Malaysia jadi teruja juga lah aku tengok benda ini tersusun sepanjang jalan. Jumlahnya juga mungkin puluhan ataupun ratusan pun tak pasti. 
Aksi kemas boh
Abg Shah dengan pillion
Aksi solo babah
Aik aku lagi
Grup foto
Antara pemandangan sepanjang jalan

Selain itu juga jangan lupa singgah jambatan terpanjang melintasi sebuah tasik di Thale Noi. Tasik ni memang betul-betul luas sebab aku pun tak nampak mana hujung dia. Tambahan pula dengan rupa jambatan yang berwarna warni memang cukup untuk membuatkan korang kena berhenti ambik gambar. 

Aksi manja lagi
Tok Sidang Lee Bota memang best
Susun rapat
Idola ku Pak Khus
Babah jugak taknak kalah
Setelah lebih kurang lapan jam perjalanan kami tiba di Hatyai. Setelah check in dan mandi mandi kami keluar semula untuk bersiar-siar di sekitar Hatyai. 

Biasa kalau dah sampai Hatyai kami akan ke kedai sticker untuk membuat nombor plat motor dan kereta untuk dibawa pulang.

Depan BigWing Hatyai
Waktu malam acara wajib ialah makan
Lepak-lepak di hadapan Lee Garden 

Hari kelima

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Thailand. Pagi itu selepas check out  perjalanan akan dimulakan dari Hatyai menuju ke Dannok. 

Sessi bergambara wajib
Selesai urusan di sempadan pulang ke Kuala Lumpur.  Seperti biasa setiap kali kami pulang dari utara pasti kena curah dengan hujan. Tapi sebagai seorang rider itu bukan jadi satu masalah bagi kami. Ride on!!!
Lumyai dibasahi hujan

Alhamdulillah aku tiba di rumah sekitar 12 malam. Masing masing juga melaporkan semuanya selamat sampai juga ke destinasi masing-masing. Yang pastinya ia juga akan jadi satu kenangan manis bagi kami untuk disimpan sebagai kenangan

Hingga bertemu lagi di ride yang seterusnya